Penggal 2

LATIHAN 1 900/2

  1. Berikan 3 langkah ( strategi ) untuk menjadi negara maju ?

( 4 markah )

Cadangan Jawapan

i.  Strateginya ialah melakukan perbelanjaan berhemah dengan meningkatkan perolehan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan negara (defesit).

ii. Strateginya ialah dengan  membina ekonomi berasaskan pengetahuan melalui peningkatan produktiviti, kreativiti, inovasi dan berdaya saing.

iii. Strateginya ialah dengan meningkatkan sumber daya manusia (sumber manusia) melaui gabungan sains dan teknologi, kemhiran serta meneroka kekayaan baru.

2. Nyatakan  tiga ciri atau kreteria (sifat) yang menjadi petunjuk  untuk Malaysia menjadi negara maju.

( 4 markah )

Cadangan Jawapan

i. Petunjuknya ialah dengan penggunaan sumber alam dimanfaat sepenuhnya. Kemajuan teknologi dan keupayaan modal membolehkan masyarakat di negara maju memanfaatkan sumber alam secara optimum seperti penghasilkan tenaga altenatif.

ii. Petunjuknya ialah negara Malaysia dapat mengatasi masalah kependudukan, seperti  berstatus pendapatan tinggi, pertempatan selamat dan  bandar sejahtera.

iii. Petunjuknya ialah negara Malaysia menjadikan perindusrtian sebagai teras ekonomi negara. Kegiatan ekonomi bertumpu kepada produk industri dan perkhidmatan.

  • Pilih 2 jawapan sahaja… hafal.

Nota Ringkas

Malaysia maju dan Sejahtera

Organization for Economic Co-operation and Development ( OECD) telah mencadangkan  petunjuk atau indikator  untuk mengukur tahap/tingkat kemajuan sesebuah negara. Petunjuk tersebut merangkumi aspek ekonomi, infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

  1. Sumber alam dimanfaat sepenuhnya.
  2.  Dapat mengatasi masalah kependudukan.
  3. Perindustrian menjadi teras ekonomi.
  4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi.
  5. Eksport berteraskan hasil industri dan perkhidmatan
  6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi.
  7. Tingkat pendidikan relatif tinggi.
  8. Tingkat kesihatan tinggi.

Kepentingan  Membina Negara maju dan Sejahtera

  1. Mensejahtera dan membahagiakan rakyat.
  2. Menjadikan negara bahagia.
  3. Meningkatkan taraf hidup rakayat.
  4. Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi.
  5. Melanjutkan jangka hayat rakyat.

3. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Di antara usaha-usaha untuk mencapai negara berpendapatan tinggi ialah:-

i. Menyediakan infrastruktur

ii. Membangunkan modal insan (membangunkan sumber manusia)

iii. Menyediakan infrastuktur

iv. Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi baharu

v. Mendapat penarafan global

vi. Meningkatkan penyelidikan  dan pembangunan

vii. Meningkatkan pelaburan

* Hanya hafal 3 sahaja untuk menjawab soalan struktur Bahagian A

4. Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah mencapai status negara maju.

Di antara langkah-langkah membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju:-

i. Meningkatkan  pendidikan berkualiti

  • sistem pendidikan diubah
  • melahirkan modal insan berkualiti

ii. Meningkatkan kemahiran

  • menyediakan pusat-pusat latihan
  • pusat-pusat latihan lanjutan di dalam dan di luar negara

iii. Meningkatkan kepakaran

  • membawa pulang pakar-pakar tempatan dari luar negara
  • memberi dan membuka peluang meningkatkan kepakaran

iv. Meningkatkan nilai dan etika kerja

  • menerapkan nilai integriti
  • mengukuhkan jati diri

*  Pastikan anda hanfal 2 jawapan  untuk Bahagian A

5. Apakah empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf / status negara maju?

Di antara cabaran yang akan dihadapi/ditempuhi untuk menjadi negara maju ialah:-

  • bagaimana untuk mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu
  • bagaimana untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
  • bagaimana untuk membangunkan sebuah masyarakat yang demokratik
  • bagaimana untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.
  • bagaimana untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif
  • bagaimana untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyanyang
  • bagaimana untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
  • bagaimana untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur (sejantera).

*Pilih 3 jawapan dan hafal.

6. Nyatakan 3 objektif diwujudkan Rukun Negara.

Rukun Negara diwujudkan dengan objektif berikut:-

  1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
  2. Unntuk memelihara cara hidup demokratik
  3. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.
  5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

# Jawab ikut markah, jika markah yang diberi 4, jawapan anda sekurangn-kurangannya ada 2 isi ( isi 1 dan isi 2) dan boleh tambah huraian dan contoh.

# Jika soalan karangan, jawapannya mesti  ada 5 isi atau  5 idea; satu perenggan satu idea/ isi. Jangan lupa ada satu perenggan pendahuluan dan ada satu perenggan penutup. ( Kerangan mesti/wajib ada 7 perenggan).

7. Jelaskan/ huraikan prinsip Rukun Negara kesopanan dan kesusilaan.

                                                                                                      ( 3 atau 4 markah )

Jawapan

  1. Kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip yang menjadi panduan seluruh anggota masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan  tamadun negara yang berasaskan keperibadian  bangsa dan nilai-nilai murni.
  2. Setiap warga negara sewajarnya tahu menghaormati orang lain dengan mengawal diri dariapada membangkitkan persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegraannya, asal keturunannya, bahasa, kebuyaan, serta kepercayaan dan agama yang dianutinya.

# Garis kata kunci penting yang anda rasa perlu…dan baca berulang-ulang.

8. Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun Negara ; Kesetian kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda. ( 4 markah)

Di antara cara-cara yang boleh diamalkan dalam prinsip ini ialah:-

  1. Mengutamakan atau meletakkan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti penjawat awam.
  2. Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej dan keselamatan negara. Ini boleh dilakukan dengan melalui saluran-saluran yang sah dan dibenarkan oleh undang-undang negara.

9.  Solan Karangan

Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warganegara Malaysia. Jelaskan.

Pendahuluan: Buat sendiri 3 atau 4 baris

Idea 1 Membantuk  perpaduan rakyat berbilang kaum

h1 – Doktrin bagi masyarakat majmuk untuk hidup bersama dengan aman dan harmoni.

h2 – Mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan menjauhi permusuhan dan perbalahan kaum.

Contoh : Jauhi isu agama

KK

Idea 2 Melahirkan rakyat berjiwa petriotik

h1 – Semangat kesetiaan yang tinggi terhadap raja dan negara

h2 – sanggup bekorban untuk negara

Contoh: Berkorban apa saja untuk negara.

KK

Idea 3 Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika

h1 – menerapkan kepercayaan beragama dan budi pekerti luhur

h2 – membentuk  rakyat yang bertatatusila dan bersiplin (berakhlak).

Contoh: memberi senyuman apabila bertemu

KK

Idea 4 Mewujudkan masyarakat yang menghormati perlembagaan negara

h1 – bahawa perlembagaan negara adalah undang-undang tertinggi dan setiap orang perlu menghormati.

h2 – perlembagaan memberi hak yang sama kepada semua orang di sisi undang

Contoh: Hak asasi  rakayat dijamin oleh perlembagaan.

KK

Idea 5 Memelihara cara hidup demokratik

h1 –  menjamin hak kebebasan asasi rakyat Malaysia

h2 – pemilihan kerajaan melalui pilihanraya

Contoh : 5 tahun sekali diadakan pilihanraya

KK

KESIMPULANNYA….

 

 

 

 

Disember 2016
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: