Contoh : Tujuan Kajian, Skop Kajian dan Kaedah Kajian

2

Januari 7, 2013 oleh ustazkenali

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh mana pencemaran bahasa yang berlaku di alam siber serta jenis-jenis pencemaran bahasa, faktor-faktor dan kesan-kesan yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber. Seterusnya beberapa cadangan juga dikemukan bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa ini.

SKOP KAJIAN

Skop kajian menjerumus kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, bahasa, faktor-faktor dan juga kesan-kesan yang menyebabkan pencemaran bahasa di alam siber. Skop kajian yang tertumpu kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM kerana kebanyakan mereka banyak menggunakan internet dan laman sesawang untuk mencari maklumat dan melawati laman sosial. Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM menjadi rujukan untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang digunakan juga difokuskan. Skop kajian juga tertumpu kepada faktor-faktor dan kesan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber ini.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian menggunakan resensi kepustakaan, soal selidik dan pemerhatian kepada pelajar UKM.

#Perhatian
Buatlah perluasan maklumat di mana-mana perlu. Maklumat di atas sekadar contoh bukannya mutlak.

2 thoughts on “Contoh : Tujuan Kajian, Skop Kajian dan Kaedah Kajian

  1. chaa berkata:

    ade tak tentang perniagaan koperasi secara menyeluruh 🙂

  2. ustazkenali berkata:

    Salam…saya kurang pengetahuan tentang koperasi. Rujuk Angkasa.

Tinggalkan komen

Januari 2013
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 1,644,571 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 62 other subscribers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada