Karangan Pilihan: Inap Desa

2

Oktober 1, 2013 oleh ustazkenali

Inap desa adalah satu produk pelancongan yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor perkhidmatan pelancongan. Inap desa dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.

 Terdapat pelbagai keistimewaan program inap desa dan antara fokus utama ialah pelancong boleh mengenali, mengikuti, mempelajari dan mengamalkan sendiri cara kehidupan seharian masyarakat desa. Pelancong akan menyewa dan tingga bersama keluarga angkat. Di sinilah berlaku interaksi dengan komuniti setempat contohnya pelancong boleh mempelajari adat resam, dan budaya. Contohnya membuat wau, gasing dan kueh tradisional.  

 Inap desa menjanjikan kedamaian jiwa berbandingan kehidupan bandar yang sibuk. Anda akan mendapati bahawa rentak kehidupan di desa agak santai di sini berbanding kehidupan di bandar dan bagi mereka yang menghargai ketenteraman hidup di kampong. Pelancong akan dapat melihat anak-anak bermain dengan riang di halaman, bebas, kerbau berkubang di bendang-bendang dan burung-burung berkicau di pohon-pohon rendang. Bukan itu sahaja, bahkan pelancong berpeluang menjalin hubungan rapat dengan keluarga angkat yang mesra menerima kedatangan mereka dan melayan mereka sebagai salah seorang ahli keluarga.

 Pelawat dan pelancong akan dapat menikmati budaya maufakat di kampung.  Bagi masyarakat di inap desa suka-duka dikongsi bersama. Tetamu  yang datang disambut dan diraikan. Budaya gotong-royong sangat ketara ketika majlis berkhatan dan kenduri kahwin. Semua orang adalah orang penting untuk mengambil bahagian dalam apa-apa peristiwa di desa. Kalau kematian semua orang turut bersedih. Pengalaman ini tidak dapat dirasa di bandar, kerana di inap desa, “ wang bukan segala-galanya”.

Keistimewaan Inap desa dengan Gerakan Dasa Wawasan menekankan kepada pembangunan insan sejahtera melalui penjanaan sumber kekayaan tempatan, “ kehidupan desa” adalah produk yang mampu menjana sumber ekonomi. Sebenarnya rumah tradisi, sifat ramah-tamah, saling kenal-mengenali, hidup berkasih-sayang dan kekeluargaan mempunyai nilai “wang” kepada pelancong asing dan tempatan. Sebenarnya inilah yang dicari-cari oleh seseorang manusia yang hilang nilai-nilai kemanusiaan. Contoh cara hidup yang seimbang di inap desa ada nilai komersil tanpa perlu menyediakan bangunan yang mahal dan indah untuk dijadikan hotel.

Seterusnya inap desa sebagai pusat pemasaran kraf tangan.

2 thoughts on “Karangan Pilihan: Inap Desa

  1. hanis nurhani berkata:

    syukran ‘ala musa’adatika ya sa’id.. 🙂

Tinggalkan komen

Oktober 2013
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 1,644,099 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 62 other subscribers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada