Soalan PP Akademik STPM 2011 Kedah

Tinggalkan komen

September 6, 2011 oleh ustazkenali

Bahagian A Karangan Laras Sastera ( 25 markah )

1. Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.

Jelaskan kepentingan pengiktirafan ini dan langkah-langkah untuk mempopularkan Tapak warisan Dunia yang terdapat di Malaysia.

2. Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetak ataupum media eletronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi, namun masih ramai lagi yang tidak serik-serik untuk melakukan aktiviti tersebut.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan langkah-langkah menanganinya.

Bahagian B Karangan Laras Sains ( 25 markah )

3. Bunyi yang tidak disukai akan memberi ketidakselesaan kepada manusia. Bunyi tersebut tidak memberikan apa-apa informasi dan kekuatannya sering berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Bincangkan faktor-faktor pencemaran bunyi dan kesannya kepada manusia.

 

4. Teknologi hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar untuk memelihara sumber alam dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia.

Bincangkan kepentingan teknologi hijau kepada manusia.

Bahagian C   ( Kefahaman Laras Sastera )

5 (a) ” Bagi merealisasikan matlamat pembangunan modal insan, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa dan berbekal ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat petriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.”

( Dipetik daripada Arbain Muhayat, www. ipislam.edu.my. 21 DIsember 2008)

(i )  Apakah yang dimaksudkan dengan modal  insan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan pembangunan modal insan?

ATAU

5 (b) ” Ciri penting yang menunjukkan seseorang pelajar itu menghadapi kecelaruan tingkah laku ialah berkelakuan ganas.a merasa  Mereka juga merasakan diri mereka tidak berguna, anti sosial dan rasa rendah diri. Hal ini akan menyebabkan mereka sering terlibat dengan tingkah laku buruk seperti merosakkan harta benda, mencuri dan membuli semata-mata untuk menimbulkan perasaan yang menyeronokkan dalam diri mereka.”

( Dipetik dan diubah suai daripada Konflik Pelajar Agresif, Ganas dan Memberontak,

Dewan masyarakat, Julai 2009)

( i )  Apakah  ciri yang menunjukkan seseorang pelajar berhadapan dengan masalah kecelaruan tingkah laku?

( ii ) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah kecelaruan tingkah laku anak-anak?

Kefahaman Laras Sains

6 ( a)  ” Sampah atau lebih dikenali sebagai sisa pepejal dari segi teknikal dikelaskan sebagai sumber. Sumber sisa pepejal perbandaran jika diuruskan secara mampan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Salah satunya sebagai sumber gas untuk bekalan elektrik yang merupakan sebahagian daripada pengurusan pembangunan mampan dan teras kepada pembangunan teknologi hijau.”

( Dipetik dan diubah suai daripada Tenga Boleh Diperbaharui daripada Sisa Pepejal,

Dewan Kosmik , Ogos 2010 )

( i ) Apakah yang dimaksudkan  dengan sampah ?

( ii ) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat daripada pengurusan sisa pepejal yang dilakukan secara sistematik.

ATAU

6 ( b ) ” Batu karang termasuk terumbu karang, bunga karang dan juga batu karang jenis hidupan merupakan struktur arogonik  yang dihasilkan oleh organisme hidup yang boleh didapati di perairan laut yang mengandungi nutrien. Karang tersebut akan terbentuk melalui proses biologi dan fizikal termasuk proses pemejalan dari persekitaran laut masin dan air tawar.”

( Dipetik dan diubah suai daripada Batu Karang Hidupan Marin yang Unik,

Dewan Kosmik, Februari 2011 )

( i )  Apakah yang dimaksudkan dengan batu karang?

( ii ) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan punca berlakunya ancaman terhadap terumbu karang hingga membawa kepada kepupusan hidupan tersebut?

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen

September 2011
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 1,643,378 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 62 other subscribers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada